Search This Blog

Selamat Datang ke Blog Rasmi Pusat Sumber SMK Raja Permaisuri Bainun

Sunday, June 6, 2010

Aktiviti Nilam




Peraturan Pinjaman dan Pemulangan

Pinjaman
Untuk melakukan pinjaman buku, pinjaman buku haruslah dilakukan di kaunter pusat sumber sekolah dengan menandatangani buku yang disediakan. Terdapat beberapa buah kategori buku yang hanya boleh dipinjamkan selama tiga hari sahaja sementara yang lain diberi masa pinjaman selama seminggu sahaja.

Pemulangan
Peminjam harus memulangkan buku dalam masa yang ditetapkan. Jika didapati, peminjam terlewat hantar buku, pengawas pusat sumber akan mengenakan denda sebanyak 20sen untuk lewat sehari sebuah buku. Jika buku yang dipinjam didapati hilang, maka peminjam harus ganti buku itu dengan membeli buku yang dihilangkan atau membayar wang dengan harga buku yang dihilangkan.

Bahagian-bahagian PSS


Aktiviti PSS Sekolah


Laporan Kem Kepimpinan di Hutan Lipur Kuala Woh


Pada 15 dan 16 Jun yang lalu, Pengawas Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri Bainun telah mengadakan kem kepimpinan untuk pengawas pusat sumber. Kem kepimpinan ini mengambil masa dua hari satu malam. Seramai 27 orang pelajar telah terlibat dalam kem ini. Matlamat kem ini adalah untuk memupuk semangat jati diri dalam diri pelajar , membina kecerdasan fizikal dan mental dan mengeratkan silaturahim.


Kem ini telah melibatkan tiga orang guru iaitu Puan Nazimah bt. Naziruddin, sebagai guru penasihat manakala Cik Nurul Wahida bt. Yaacob dan Cik Waheeda bt. Yob sebagai guru pengiring. Rombongan kami bertolak dari sekolah pada pukul 7.30 pagi . Sepanjang perjalanan itu kami tidak mengalami sebarang masalah. Kami telah tiba di Karavan Park pada pukul 9.00 pagi. Setibanya kami di sana kami dibekalkan sarapan untuk mengalas perut kami bagi menjalankan aktiviti yang seterusnya. Setelah selesai sarapan kami diberikan taklimat oleh fasilitator berkenaan sepanjang kem ini. Selepas itu kami menjalankan aktiviti mendirikan khemah setelah diberi tunjuk ajar oleh fasilitator kami.


Pada pukul 11.00 pagi kami telah menjalankan aktiviti yang pertama iaitu ‘ Jungle Trekking’ . Sepanjang aktiviti ini para peserta telah bekerjasama dan saling membantu bagi melancarkan ekspedisi ini. Kami telah meredah sungai , berjalan di perkampungan orang asli dan lain-lain lagi.Setelah aktiviti ini selesai kami berhenti rehat seketika dan membersihkan diri. Selepas menunaikan solat zohor kami diberi taklimat oleh fasilitator kami tentang kepimpinan , banyak maklumat telah kami perolehi. Selepas itu , kami solat asar untuk menjalankan aktiviti yang seterusnya iaitu bengkel orienteering . Sebelum kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan bengkel ini. Semasa bengkel ini kami telah diajar mengunakan kompas dan kami perlu mempelajari cara pengunaan kompas yang betul kerana pada esok hari akan diadakan pertandingan melibatkan aktiviti ini.


Pada malam tersebut kami telah menjalankan aktiviti suai kenal dan bermain beberapa permainan . Pada pukul 9.30 malam ,kami telah menjalankan aktiviti berjalan malam. Aktiviti ini sangat mencabar kerana para pelajar diminta berjalan dalam keadaan gelap-gelita dan kami tidak dibenarkan membawa lampu suluh . Kami telah diminta berjalan secara berpasang-pasangan dengan menutup mata dan hanya memegang tali. Matlamat aktiviti ini dijalankan adalah untuk memupuk semangat keberanian dan yakin dalam diri pelajar. Pada pukul 12.30 malam kami pulang ke khemah untuk membersihkan diri. Pada hari esoknya setelah solat subuh aktiviti bebas telah dijalankan. Pada pukul 9.30 pagi permainan orienteering telah dijalankan . Aktiviti ini amat mencabar kerana kami diminta untuk mencari maklumat yang diberi disekitar Kg. Woh hanya berdasarkan peta dan kompas. Aktiviti telah memupuk sikap keberanian dalam diri kami untuk bertanya dan berusaha menyelesaikan masalah.


Selepas makan tengah hari, kami diminta mengemaskan khemah untuk persiapan pulang ke sekolah. Sebelum berangkat pulang penyampaian hadiah dijalankan untuk peserta yang menang dalam permainan yang diadakan. Sebelum bertolak pulang kami membersihkan tapak perkhemahan dan kami pun berangkat pulang. Sesungguhnya banyak maklumat dan pengalaman yang kami perolehi sepanjang kem tersebut. Kami berharap segala yang kami perolehi dapat dikongsi dengan pelajar-pelajar yang lain.




Lawatan ke Universiti Teknologi Petronas ( UTP) 

TARIKH : 23 FEBRUARI 2010
HARI : SELASA
MASA : 1.30 – 4.15
TEMPAT : AUDITORIUM RESOURCE CENTRE,
UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS.
BILANGAN GURU : 1 ORANG
BILANGAN MURID : 15 ORANG
KENDERAAN : BAS SEKOLAH


Kursus pengurusan pusat sumber sekolah ini dianjurkan oleh Universiti Teknologi Petronas, Malaysia. Pihak universiti meminta sekolah menghantar 15 orang wakil pengawas pusat sumber sekolah untuk menyempurnakan aktiviti kursus tersebut.


 Dengan menghadiri kursus tersebut,pengawas pusat sumber sekolah dapat mempelajari cara pengurusan pusat sumber sekolah dengan baik. Dengan cara ini, diharap agar kami dapat memperbaiki cara pengurusan kami dan akan menaikkan lagi taraf keselesaan pelajar untuk menggunakan pusat sumber skolah ini.


Promosi Buku Baru

Berikut adalah senarai nama pengawas PSS yang akan menjalankan promosi buku baru:
• ALIA (5S) + IZZATI (4B) 21/02/08

• ALIA (5S) + AMALINA (5S) 27/03/08

• MARLINA (5P) + HASINA (5M) 03/04/08

• AZWA (5S) + ANNISA (5P) 10/04/08

• NAJWA (5M) + UMMUL (5R) 17/04/08

• AIMAN (4R) + FATIN (5P)

• SHARIFAH (5M) + FARISHA (5M)

• ANIS (4S) + ANA (4M)

• NANA (4B) + HUSNA (4R)

• ATIFAH (4R) + IZZATI(4B)

• SYIQIN (4M) + FATIMAH (4R)

• IDAYU (3R) + AISYAH (4S)

• FIRZANA (3P) + HAZWANI (3M)

• NABILAH (3M) + SYAMIRAH (3R)

• FATIN SYAZWANI (3M) + NADHIRAH (3S)

• AISYAH (3R) + AMIR (3B)

• KHODIJAH (3M) + FARHANAH (2B)

• AMIRAH (2S) + FAIZ (2R)

• SYAFIQ (2R) + AMIRUL (2R)

• AMIRUDDIN (2R) + SYAMER (2P)

• UZAIR (2R) + HAZIQ (5B)

Buku yang biasa dipromosikan adalah buku yang bersifat ilmiah dan menghiburkan pembaca. tujuan promosi buku dijalankan adalah untuk menggalakkan pelajar membaca dan memupuk sikap rajin mengunjung  dan meminjam buku di pusat sumber sekolah.



Carta Organisasi

CARTA ORGANISASI

PENGAWAS PUSAT SUMBER SMK RAJA PERMAISURI BAINUN

SESI 2010

Pengerusi : Nurul Fatin Syazwani Bt Mohd Zaharuddin

Naib Pengerusi : Muhammad Amir B.Mohd Ariffin

Setiausaha : Siti Nurmarlina Bt Jamaludin

Naib Setiausaha : Noor Amalina Bt Azahan

Bendahari : Nor Hasina Bt Hassan

Naib Bendahari : Quraiza Azwa Bt Ahmad Asri

Exco Keceriaan : Nor Farhana Bt Norudin

Exco Kebersihan : Farisha Huda Bt Daud

Exco Pemprosesan : Nur Fatin Husna Bt Sharudin

Exco Nilam : Ain Najwa Bt Noor Afendi

Exco Promosi : Nurul Izzati Bt Abdul Ghani

Exco Kaunter : Anis Amira Bt Mahyuddin

Juruaudit 1 : Nurannisa Bt Suyatim

Juruaudit 2 : Ummul Khairul Fatimah Bt Daud

AJK Ting 5 : Sharifah Nurul Izzati Bt Syed Ahmad Kamal

AJK Ting 4 : Nurul Aishah Bt Hasan

AJK Ting 3 : Fatin Nabilah Bt Zainuddin

AJK Ting 2 : Nurul Farhanah Bt Isha



Jadual Tugas

SEK.MEN.KEB. RAJA PERMAISURI BAINUN
30020 IPOH, PERAK

 
JADUAL BERTUGAS PENGAWAS PUSAT SUMBER
2010
HARI/MASA 3.15-4.15 PETANG 8.30-9.20 MALAM 9.20-10.10 MALAM

ISNIN
• UMMUL (5R)

• KHODIJAH (3M)

• FARHANAH (2B) • AIMAN (4R)

• FATIN NABILA (3M)

• AJJAR (2R) • ASYIQIN (4M)

• IZZATI (4B)

• AMIR (3B)

SELASA
• ANNISA (5P)

• FATIMAH (4R)

• FATIN SYAZWANI (3M) • HAZWANI (3M)

• UZAIR (2R) • ALIA (5S)

• AMALINA (5S)

• NADHIRAH (3S)

RABU

AKTIVITI KOKURIKULUM

• AISYAH (3R)

• FAIZ ANWAR (2R) • QURAIZA (5S)

• FARISYA (5M)

• HUSNA (4R)

KHAMIS
• AIN NAJWA (5M)

• FATIN (5P)

• SYAMIRAH (3R) • IDAYU (3R)

• SYAFIQ HAIKAL (2R) • ANIS AMIRA (4S)

• ATIFAH (4R)

• SYAMIRAH (3R)

JUMAAT -
• HASINA (5M)

• MARLINA (5P) • AISHAH (4S)

• ASHRAF (4R)

• FARHANA (4B)

AHAD -
• AMIRUDIN (2R)

• SYAMER (2P)

• AMIRAH (2B) • SYARIFAH (5M)

• HAZIQ (5B)

• FIRZANA (3P)



**SABTU: SUSUN BUKU MENGIKUT RAK ANGKAT MASING-MASING / MESYUARAT AKAN DIADAKAN.

Sejarah pusat sumber sekolah SMK RAJA PERMAISURI BAINUN



Pusat Sumber SMK Raja Permaisuri Bainun telah wujud bersama kewujudan sekolah ini pada tahun 1984.Namun padaa ketika itu pusat sumbernya (PSS)tidak lengkap kerana keluasannya hanyalah ukuran satu bilik darjah sahaja.PSS pada ketika itu hanyalah merupakan sebuah perpustakaan yang serba kekurangan.Pada ketika itu perpustakaan ini terletak di Blok C sekarang dan berada di hujung blok itu yang sekarang digunakan untuk Tingkatan 3 Beta.



Dalam tahun 1989 telah didirikan bangunan baru yang dinamakan Blok B.Pada ketika itu,hanya perpustakaan saja yang ditempatkan di tingkat satu blok tersebut.Sementara tingkat dua dan tingkat tiga terdiri daripada kelas.Semua bahan bantu mengajar masih ditempatkan dalam bilik mesyuarat.Guru-guru yang memerlukan bahan bantu mengajar akan berjumpa dengan guru yang dikhaskan untuk menguruskan pinjaman dan pemulangan bahan bantu mengajar tersebut.Ketika itu bilik mesyuarat tersebut berada di Blok C.Kemudian dalam tahun 1994,apabila bilik itu hendak dibubarkan,bahan-bahan bantu mengajar yang terdapat di dalamnya telah diserahkan lokasinya kepada panitia-panitia yang berkenaan untuk diuruskan sendiri oleh anggota panitia masing-masing.