Pusat Sumber SMK Raja Permaisuri Bainun telah wujud bersama kewujudan sekolah ini pada tahun 1984.Namun padaa ketika itu pusat sumbernya (PSS)tidak lengkap kerana keluasannya hanyalah ukuran satu bilik darjah sahaja.PSS pada ketika itu hanyalah merupakan sebuah perpustakaan yang serba kekurangan.Pada ketika itu perpustakaan ini terletak di Blok C sekarang dan berada di hujung blok itu yang sekarang digunakan untuk Tingkatan 3 Beta.
Dalam tahun 1989 telah didirikan bangunan baru yang dinamakan Blok B.Pada ketika itu,hanya perpustakaan saja yang ditempatkan di tingkat satu blok tersebut.Sementara tingkat dua dan tingkat tiga terdiri daripada kelas.Semua bahan bantu mengajar masih ditempatkan dalam bilik mesyuarat.Guru-guru yang memerlukan bahan bantu mengajar akan berjumpa dengan guru yang dikhaskan untuk menguruskan pinjaman dan pemulangan bahan bantu mengajar tersebut.Ketika itu bilik mesyuarat tersebut berada di Blok C.Kemudian dalam tahun 1994,apabila bilik itu hendak dibubarkan,bahan-bahan bantu mengajar yang terdapat di dalamnya telah diserahkan lokasinya kepada panitia-panitia yang berkenaan untuk diuruskan sendiri oleh anggota panitia masing-masing.
No comments:
Post a Comment